Sunday, July 24, 2011

birthday present


akhirnya setelah berbulan berumur cukup iaitu 21 tahun..
aku baru nak update.
lembap la aku ni..
hhahahaha
dah pendek cerita macamane aku nak dapatkan hadiah ni..

Apple Iphone 3Gs.


ni la iphone saya..ceritanya bermula bergini..

ayah : adik nak guna wet masuk form 6

aku : soh la dia hold dulu pmbayaran.dengan hati yang lara menagis

esoknye.

ayah : jum tgok iphone

aku : ok, (maka si dia ni siap la cantik2)

ibu : (calling ) tayar pecah

ayah : (calling) tayar spear kat dalam boot.

bape jam kemudian.

ayah : jum , ibu dah sampai..

maka kami semua naik kereta sampai depan taman perumahan kami saje. kerana tayar spear pon pecah . adoi..

ayah : tak yah la beli..

aku : OK!!!!

maka berjalan aku pulang rumah dengan sangat marah!!!!!

pintu hampir pecah di hempas!

esoknya.

ayah : nah fon. puas hatiii!!.

aku : senyum dengan lebarnyaa!!

:)

tak sampai sebulan iphone di tangan saya die dah pandai berenang dalam sinki yang berair sangat dalammmm.

sediiihhh..

tappi dah baiiikk.!

teddy bear (gambar d atas)

jumpa si dia..

aku : urm xde hadiah ke? (suara sayup je)

dia : ta de la..sorry.

aku : ok. xpe faham.

dan teruskan perjalan sampai sayu destinasi aku toleh teddy to atas kereta..waaa romantik..
terselit satu card that he miss me a lot!!!

thanks for the present!
:)


Friday, May 6, 2011

happy Birthday



memandangkan lagi dua hari besday aku.. macam-macamlah benda dalam wishlist aku.. tak kisah lah dari sape nak bagi.. tapi aku tahu takkan dapatnye.. so hanyalah wishlist dalam angan-angan..aku ni di lahirkan pada 09 may tahun 1990.. so sekarang genaplah aku berumur 21 tahun lg 2 hari.. aku di lahirkan dari keluarga yang serba kesederhanaan.. tapi apakan daya.. itulah yang dah tertulis.. mungkin ada hikmah di sebaliknya.. bersyukurlah wahai Syaza Hazwanie.. (tetibe mood sedih pulak)..berbalik pada topik..wishlisst besday 21 tahun..

1st- samsung galaxy tab



2nd - proton inspira


3rd - camera (yang cantik gambarnya tanpa edit)



4th - money rm1000 and above to shopping





melampau pula wishlist aku..teruk perangai..aui..padahal tak dapat 1 pon..urm...takpe la jaja..dapat kasih sayang yang secukupnya pon dah bagus (ayat sedapkan hati) :(


Saturday, April 16, 2011

Asam Pedas Ali



huduhnya muka kelaparan!

asam pedas kedai Pak Ali memang superb beb! tapi ibu saya punya lagi superbbbbbbb!
asam pedas ibu dgn Pak Ali memang lain. kadang-kadang kami semua tertnya. kenapa..kenapa dan kenapa kuah and rasa asam pedas ibu saya sangatlah lain..pkai ikan ibu pon pkai ikan..ish pelik2...

kedudukan Asam pedas pak Ali ni dulunya sangat tak best. agak kotor. sebab kedai dah lama sangat..dari aku kecik oo..sekarang kat banggunann baru..selera sikit..asal makan tengahari je mesti ramai..tak kira kaum..memang penuh punya kedai ni..kat atas kedai baru..sedap yang tak terkata...nak cari kedai ni senang je..cari Klinik Nur jln smpai belakang..jumpa la nanti...:)

p/s : melawatlah Batu Pahat.


Tuesday, April 12, 2011

jom jadi cikgu


Hahahah (ada tak gelak seorang guru tak?)..hehehe..koya mu jaja..malam tadi untuk pertama kalinya aku berpeluang menjadi seoramg guru..kenapa aku cakap seorang guru? sebab aku sorang tak berdua..guru kan tanda kertas..aku pon dapat tanda kertas..sebab tu seorang guru..pe aku merepak ni? hahaha. aku tanda kertas 2 matematik weyyy.. selalu tanda objektif je..senang..kertas 2 beb..susah...nak bagi markah semua..bagi seorang nurse susah..hehehe.. (hek eleh jaja ko ni kecoh r..dapat tanda kertas je..bukan mengajar..bukak kelas ke kan..) ade aku kisah..blog aku..suka r nk ckp pe..nak luahkan pe..huhu!

kenapa aku updated blog mcm ni..sebab ade stalker yang sikit2 pggil aku "minah nurse" "nurse xde bahasa" "nurse..nurse..nurse" "s*** u! ingat bagus sangat!!

p/s : jangan mmenghina pekerjaan seseorang itu jika pekerjaannya rendah lebih dari anda..:)

Saturday, April 9, 2011

petua 3 : spa at home

bahan-bahan:

  1. asam keping
  2. beras pulut (di goreng tanpa minyak & di kisar)
  3. kulit kayu manis
  4. kunyit (jika perlukan)
cara-cara

  1. campur semua bahan dengan perahan limau nipis secukupnya
  2. gosok seluruh badan
  3. mandi sebersihnya.
  4. lap dengan tuala bersih
  5. sapu minya zaiton @ lotion

inilah cara aku menjaga kulit badan aku yang tak putih gebu macam MJ (tetiba ta reti eja). tapi di sebabkan aku terlebih letak kunyit. aku dah macam Shrek Kuning. hehehee. Kulit memang lembut. make sure mandi sebersihnya. sebab nanti abis semua kuning. baju, tuala semua..

p/s : selamat mencuba selamat beramal.

petua 2 : tumit pecah.



tumit pecah memang ta indah di pandang,

pe tah lagi baunye yang sangat harum,

hadoi...

aku pon buatlah petua sendiri.

actually, just nak bagi kaki aku bersih dan wangi.

tp dh alang2 ilangkan la crack tumit tu cket.

bahan-bahan :

  1. asam keping @ asam jawa
  2. garam
  3. cengkih
  4. kayu manis
  5. air suam
cara-cara
  1. campur semua bahan dengan air suam
  2. cuci kaki dengan bersih
  3. rendam kaki dlm setengah jam.
  4. gosok tumit dengan pengikis tumit.
  5. cuci semula kaki dengan air biasa.
  6. lap kaki dengan kain bersih
  7. sapu minyak zaitun.
  8. dan pkai kasut kat di mana saja.